Wednesday, 15 April 2009

GIVE HIM TO ME INSTEAD OF THROWING HIM AWAY


Kamariah showed me the newspaper article about a baby abandoned in a bus stand in the Harian Metro newspaper today. The newborn was discovered by a 16 year old student, Nur Ainna yesterday morning while she was waiting to board a bus to school.
She saw a white bundle under the seat and had made herself investigate what was in it. She was shocked to see a baby boy being bitten by thousands of ants.
Aiyah! What type of animal would do this to her own child? Don't just abandon the little fella to suffer like that. If she doesn't want it give it to someone who would love to care for it. Put him at my doorstep instead and I'll adopt him.
Here is the full article written in the Malay language taken from Harian Metro:
Pelajar tunggu bas terkejut lihat bayi dihurungi semut

PEKAN: “Saya sangka tangisan itu anak hantu, rupa-rupanya bayi masih berbalut dengan kain lampin dan digigit ribuan semut,” kata Nur Ainna Syaqina Reduwan, 16, yang menemui bayi lelaki seberat 3.05 kilogram di perhentian bas Taman Pelangkah, dekat sini, pagi semalam.Nur Ainna ketika ditemui di rumahnya di Taman Pelangkah, dekat sini, berkata dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu dia sedang menunggu bas untuk ke sekolah.“Jantung saya berdegup kencang melihat bungkusan putih berkenaan dan menguatkan semangat untuk melihatnya secara dekat.“Saya pada mulanya memang sangka anak hantu kerana terpengaruh dengan dakwaan rakan kawasan perhentian bas itu berhantu.

“Namun, apabila mengetahui ia bayi yang ditinggalkan barulah saya lega dan terus meminta jiran menghantarnya ke Hospital Pekan (HP),” kata anak kedua daripada tujuh beradik itu.

Nur Ainna kemudian membuat laporan berhubung penemuan bayi itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan selepas memaklumkan kepada ibunya, Rosilawati Abdul Razak, 35.Menurutnya, dia sedih melihat semut menggigit tubuh bayi berkenaan dan kesal kerana ada insan yang tergamak membuangnya.Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Amran Sidek, ketika ditemui mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bayi berkenaan.Menurutnya, bayi lelaki itu masih menerima rawatan lanjut di HP sebelum dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuantan untuk tindakan selanjutnya.Katanya, polis tidak akan menutup fail kes terbabit dan akan terus memburu suspek yang bertanggungjawab dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

No comments: